Sunday 17 February 2013

Mencari peluang Pekerjaan di Facebook dalam industri Oil,Gas dan Perkapalan


                       Facebook-http://www.facebook.com/Komuniti Perkapalan Malaysia

Rata-rata hampir semua memiliki akaun facebook sama ada untuk berinteraksi dengan keluarga,sahabat,rakan-rakan,mencari rakan sekolah,pemasaran produk dan sebagainya.Malahan hampir setiap hari kita mengemaskan kini status kita dengan fungsi Foursquare dan Check in.
Ramai lepasan Universiti atau kolej mencuba nasib untuk memasuki alam pekerjaan.Hanya yang bernasib baik akan diterima bekerja.Persoalannya benarkah begitu sukar mencari pekerjaan di Malaysia? Saban hari kita mendengar perkataan "softskill". Semasa sesi temuduga, penemuduga pasti akan bertanya tentang softskill. Kelemahan berkomunikasi dalam bahasa inggeris juga salah satu puncanya.Sepanjang pemerhatian semasa proses temuduga, perasaan kasihan terhadap calon mula terasa kerana mereka sukar untuk bertutur bahasa inggeris bila diberi peluang untuk bercakap walaupun mereka mempunyai keputusan yang sangat baik.
Mahasiswa harus mempersiapkan diri dengan bahasa kedua selain bahasa malaysia.Berkebolehan dalam bahasa inggeris dan cina serta bahasa asing yang lain amatlah membantu dalam mendapatkan peluang pekerjaan.
Memang tidak dinafikan kebanjiran warga asing telah menyebabkan pelbagai sektor dari profesional sehinggalah ke buruh di dominasi oleh mereka.Rata-rata majikan memberikan alasan orang malaysia malu untuk melakukan kerja kasar. Namun hakikatnya ada kos semata-mata.
Selama ini kita banyak bergantung kepada Jobstreet dan laman web yang lain untuk mencari kerja.Kita menunggu mereka menghantar email kepada kita.Sebaliknya banyak Syarikat yang mengiklankan jawatan kosong di syarikat mereka  di facebook dan Linkedin hanya kita yang tidak tahu.
Berbalik kepada persoalan "Peluang pekerjaan di Facebook dan Linkedin", dua laman web ini sebenarnya mempunyai ramai pengikutnya.Memandangkan pengguna nya yang ramai, laman web ini sangatlah sesuai untuk berkongsi peluang pekerjaan.
Di Facebook, Komuniti Perkapalan Malaysia (KPM) yang mempunyai 11,159 ahli (setakat artikel ini ditulis) adalah medan terbaik untuk bertanya berkenaan dengan Industri Perkapalan dan Offshore. Komuniti ini disertai oleh ramai profesional yang mempunyai pengalaman dalam industri tersebut. Anda hanya perlu memohon untuk menjadi ahli dan disahkan oleh Admin KPM sterusnya segala updates akan anda terima.
Artikel Peluang pekerjaan di Linkedin akan diupload.
 
 
 
 
 


 

0 comments:

Post a Comment