Monday 18 February 2013

Review KTM Duke 200



     
                                   Gambar diambil semasa membasuh Duke petang tadi.



KTM Duke 200 ini telah di design oleh Gerald Kiska dari Kiska Design. KTM Duke 200 CBU dikilangkan oleh Bajaj Auto Limited India manakala KTM Duke 200 CKD dipasang dikilang KTM di Bandar Darulaman, Jitra, Kedah - http://arenamotosikal.com/2013/01/19/perasmian-kilang-ktm-di-bandar-darulaman-jitra-kedah/

Kekadang terfikir juga kenapa memilih KTM Duke 200 berbanding moto yang lain. Perkara pertama yang bermain di kepala ada kerana design KTM Duke 200 seperti dalam siri kartun alih suara Jepun iaitu Satria Baja Hitam yang popular suatu ketika dulu.

Kedua adalah kerana CC KTM Duke 200 ialah had bagi lesen  B2 - Motosikal tidak melebihi 250 cc. Pemilihan KTM Duke 200 adalah yang terbaik bagi berjinak-jinak dengan moto berkuasa tinggi.
Antara sebab pemilihan lain adalah kerana pengguna KTM Duke 200 di india telah membuat demo KTM Duke 200 disungai. Dalam video tersebut, mereka menunggang KTM Duke 200 di sungai dan membiarkan enjin dimasuki air.setelah beberapa minit, enjin dihidupkan tanpa sebarang masalah.Sebelum membeli KTM Duke 200, banyak juga membuat research mengenai moto yang menepati citarasa dan akhirnya KTM Duke 200 menjadi pilihan. Kebanyakkan melalui forum dan youtube.

KTM Duke 200 amatlah sesuai untuk ditunggang dikawasan bandar yang sentiasa sesak dengan kenderaan.Setakat ini tidak pernah ada masalah untuk “mencilok” seperti moto yang lain. Malahan jikalau perlu mudah untuk “memanjat” divider jalan.

Harus diingat KTM Duke 200 bukanlah untuk ditunggang secara laju.Rata-rata di Facebook KTM Duke 200 memberitahu cut off bagi moto ini ialah dalam range 138-150.Kebanyakan mengalami masalah enjin semput atau mati setelah cut off.  

Setakat ini KTM Duke 200, belum pernah dibawa melalui offroad atau bersama group KTM Duke 200 yang lain menguji prestasi di highway Utara Selatan. Mungkin suatu hari nanti akan cuba menunggang KTM Duke 200 ke highway dan kawasan Kemensah untuk menguji prestasi offroad.KTM Duke 200 hanya digunakan untuk pergi ke pejabat sahaja. Prestasinya amatlah memuaskan terutama bila memakai helmet fullface memang terasa ingin memecut.

Setiap kali mengisi penuh lebih kurang 10.5 ltr, boleh bertahan sehingga 10 hari dan memang jimat. KTM Duke 200 penulis baru 500km.1000km barulah dibawa service.Menurut komen didalam Facebook, rata-rata memberitahu setiap kali service harganya ialah RM180.

Nantikan update selepas service nanti.

5 comments:

  1. Ade pape masalah x gune duke ne,sbb ad psg niat nk angkat sblm raye

    ReplyDelete
  2. Mmg byk sgt masalah duke 200 ni,serupa ngn abg dia 390...tk nk masalah ambik cbu terus 690

    ReplyDelete
  3. memandai je bnyak problem..aku pakai so far ok je..

    ReplyDelete
  4. Cmne nk identify cbu and ckd?

    ReplyDelete