Sunday 17 February 2013

Mencari peluang pekerjaan di Linkedin dalam industri Oil,Gas dan Perkapalan



                                                         http://www.linkedin.com 

Linkedin adalah salah satu laman web yang sedang popular sama seperti Facebook dan menumpukan sepenuhnya untuk golongan pekerja berhubung dan berkongsi maklumat.
Syarikat-syarikat gergasi negara banyak menggunakan http://www.linkedin.com bagi tujuan promosi dan mengiklankan kerja kosong di syarikat mereka.Tidak dinafikan sesetengah Syarikat masih bergantung kepada Jobstreet bagi mengiklankan kerja kosong di syarikat mereka.

Diatas adalah screenshot dari Sapura kencana Petroleum Berhad antara Syarikat Oil and Gas terbaik negara tempat di penulis bekerja yang turut menggunkan teknologi Media baru mengiklankan jawatan kosong. Antara 14, 571 Syarikat lain yang turut menggunakan Linkedin seperti Petronas,Shell, Shlumberger, Sapura Acergy, Technip, Bumi Armada, MISC Berhad,BP, Chevron, Petrobras, Maersk dan lain-lain.

Sama ada sedang bekerja atau sedang mencari peluang pekerjaan mendaftarlah di Linkedin - http://www.linkedin.com  untuk mencari peluang pekerjaan yang sesuai dengan kelulusan anda.Disamping itu anda boleh menambah kenalan dan seandainya anda mana-mana syarikat memerlukan pekerja, berkemungkinan mereka akan meneliti data anda sama ada sesuai untuk jawatan yang diiklankan.
Semoga artikel ini dapat membantu anda dalam mencari pekerjaan.Semoga berjaya.

0 comments:

Post a Comment